Sunday, December 15, 2013

.....::: sweet 24 :::.....


assalamualaikum korang.....
lama kot xupdate blog...
busy sikit sebab dah nak habis sem kan...
semua pakat nak suh submit assignment...
yg dah submit pun kne buat presentation...
mana nak sempat kan....

ni kisah seminggu lepas.....
thankz to all my friends....
a lot of love for u all...
thankz jugak kepada yang wish dekat hp n fb...
yg wish happy belated besday pun thankz jugak..
ingat jugak korang kat aku...

macam my last year birthday
dieorang mmg suke erk sambut time magrib n isya'..
sabo je la,,,
bezanya tahun ni dapat tepung!!!
n tahun ni on the date...
tahun lepas awal sehari...
tapi dua2 mmg xdi jangka...

rasa macam nak tercabut je jantung.....
3tahun kat sini,,,banyak kenangan yang korang ciptakan untuk aku...
so sweet la korang....

~chocolate moist cheese cake~ 


knp ada dua kek??
sempana kami semua last sem!


~mereka2 yang selalu mawarnai hidup aku~


~sayang korang ketat2!!~


~teman sepanjang 4semester d UUM~


~and!!! ini lah die mastermind nyeeee~
kak dayah!!!


~friend until jannah~

mesti aku akan rindu balik bila duk usya gambar lama2 nanti...
hope lepas ni,,still lagi contact each other ok!


Monday, December 2, 2013

.....::: Student Planner :::.....


assalamualaikum korang
sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru dah
"2014"
tahun terakhir bergelar student UUM
(in sha ALLAH) 

seperti biasa la,,,setiap tahun aku akan beli student planner...
tahun depan pun aku ada beli walaupun tahun depan aku dah praktikal..
bukan ape,,,time praktikal pun boleh jugak guna bende alah ni...


"STUDENT PLANNER 2014"

~cover depan~

~first page~

~second page~

~by month~

~note~

student planner ni warna die cantik..
mentang2 la aku minat hitam kan...
bagi student2 tu buku ni mmg membantu la kan...
semua boleh masukkan dalam satu buku...

=)

Tuesday, November 12, 2013

.....::: 12/11/2013 :::.....


assalamualaikum korang...
morning....suke update entry time2 macam gini...
tunggu mood jiwang la kot

sebenarnya aku nak ceritakan pengalaman aku p pangkor...
sangat best walaupun...
bajet aku mmg xde
tapi sangat happy!!...
macam permainan yang aku naik...
sampai lenguh satu badan...

p jungle tracking la...
yg xboleh bla nye...
7 ekor pacat kot aku dapat...
mmg sonok la redah hutan belantara...

lepas tu pulak aktiviti snorkelling...
yang kelakarnya,,,aku xpandai nak snorkelling...
so,,,main air je la...
kadang try jugak...sampai pedih mata ha kena air masin...
lama2 sonok main air je...

lepas tu main banana boat....
punya la excited nak main...
maklum la first time kot nak main bnde alah ni...
mmg teruja habis la...

mable boat n matrix boat pun aku main jugak...
seronok xpayah cakap la..
tapi serius mencabar..
melambung2 ha...
kalau siape yang takut air tu,
rasanya baik xpayah cuba la..
risau terus fobia dengan air...
sbb pakcik yang bawak boat tu akan sedaya upaya berusaha...
berusaha untuk jatuhkan kite dalam air laut yang masin tu!

ni ada la sikit pict yang aku cari kat tenet...

~ banana boat ~

~ mable boat ~

~ matrix boat ~

best sangat naik semua ni...
hope dapat try lagi tapi kali ni biarla dekat lain lak..



Wednesday, November 6, 2013

.....::: Panduan ImamKu :::.....

Assalamualaikum...
banyak jugak ilmu yang aku dapat dari laman sosial ni...
so,,,,
untuk manjadi simpanan aku...
jadi aku muatkan je la dalam blog aku ni...
supaya, bukan aku je yang boleh baca....orang lain pun bolah turut sama membaca..

**********************************************************

TIPS PERKAHWINAN DARI Ustaz Azhar Idrus :

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

**********************************************************

korang nak jadikan ia sebagai panduan or tidak
terpulang kepada masing2...
setiap orang diberi hak dan kebebasan untuk berfikir
berfikir lah dengan bijak dan matang

mood packing barang nak p pangkor esok!!!

.....::: My Dream :::.....


Assalamualaikum korang...
xsabarnya nak p holiday...
trip kelas sebenarnya...
hahahahahaha
kalau tak,,,xdapat la aku merasa p holiday..

destinasinya adalah
"PULAU PANGKOR"


siap cari dalam google map lagi ha pasal Pulau Pangkor
seriusly aku mmg fail geografi...
aku mmg xtau Pulau Pangkor ni kat mana..
now! aku dah tau...
(i means after dak kelas decide nk p Pulau Pangkor)



ya ALLAH cantiknya keindahan air..
so,,,,
memang aku akan snap banyak2 gambar bila p sana nanti..
bukan senang nak dapat peluang p sana...

dah lama aku berangan nak p holiday kat pulau2...
akhirnya dapat jugak...
belanja die agak besar jugak la...
yela,,zaman sekarang semua kena guna duit kan..
after this...
bila dah kerje kena jimat2 la duit gaji tu
baru la dapat merasa p holiday dekat pulau lagi...


.....::: Betul ke???! :::.....


assalamualaikum korang..

"BETUL KE???!"
banyaknye tanda soal...
hahahahaha...

sebenarnya aku ada terbaca satu statement ni kat fb...
statement ke???
just someone share
kat bawah ni ada aku copy & paste kan

**********************************************************
Psikologist mengatakan:

@ Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yang mempunyai jiwa yang sangat sunyi.

@ Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia orang yang kuat bersedih.

@ Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia.

@ Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan airmata, dia seorang yang lemah.

@ Kalau senang menangis meskipun benda yang kecil sahaja, dia seorang yang berhati lembut.

@ Dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang.

Berusahalah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri. Bukan 100% betul, tetapi ada sedikit kebenarannya disitu....

**********************************************************

ape yang aku nak komen kat sini...
aku rasa ada kebenaran jugak dengan statement kat atas ni...
melalui pengalaman dan pemerhatian keatas
"Diri sendiri"
hahahahahaha...

renung2kan dan selamat beramal!!!

=)

Sunday, November 3, 2013

.....::: Hajat :::.....


Assalamualaikum korang
post kali ni tentang baju
dag lama berhajat nak pakai baju macam ni
tapi disebabkan aku ni gemuk,,,
so terpaksa la pendamkan je hasrat di hati...
first time terpandang baju ala2 mcm ni masa shopping raya hari tu..
tp my mum cakap xsesuai kalau aku pakai...
yela,,,aku ni gemuk,,,
so sesuai pakai baju kurung je la



hope satu hari nanti dapat la merasa
pakai baju ni

=)

Thursday, October 31, 2013

.....::: First & Last :::.....


 assalamualaikum korang....
hari ni hari last kami dekat UUM ni...
bukan dah nak cuti hujung sem..
just mid sem break je...

eeemmmm.....
macam biasa la....
dalam kelas mesti la orang dah xramai.....
dekat DKG (Dewan Kuliah Gugusan) pun xramai student
kalau hari biasa...
nak lalu terpaksa mencelah...
biasa la....buat cuti sendiri la tu semua...

mid sem break kali ni aku xbalik...
first & last kot....
hope aku xseday sesorang duk kat sini...
roomate pun balik malam ni....
hihihihi

mesti korang pelik kan kenapa aku xbalik....
padahal aku ni pantang cuti mesti nak balik nye...
hahahahaha...
sebanarnya aku adak class trip...
tu yang xbalik tu...
macam xberbaloi je kalau aku balik....
tiket bas dah naik berganda kot...
so,,,duk lepak kat UUM je la untuk beberapa hari ni...


**********************************************************
kepada korang yang balik bercuti...
selamat bercuti...jumpa lagi nextweek...

=)

Tuesday, October 29, 2013

.....::: UV Whitening Serum :::.....


assalamualaikum...
semalam aku ada la p shopping kat c-mart changloon...
dapat free ni..
punya la xtau guna kan..
semua orang aku tanya cara nak guna bende alah ni...
so,,,,ni untuk letak kat kulit....
kat muka xboleh tau...
gila jakun...


so boleh pakai bila p pangkor nanti!!!
yeah!!...


.....::: Putih :::.....


Assalamualaikum semua.....
ha......
after 2 month memakainya..
akhirnya aku meng upload pict my sayang yang terbaru...
tidur malam ditemaninya n internet..
so,,bila xdapat online before tidur mmg gelisah


disebabkan kawan2 ramai xupdate dengan my blog..
so dengan beraninya aku upload pict my syg ni..
bukan nak menunjuk tp blog ni aku dah anggap macam my diari dah...
so jangan nak salah faham la...

still mencari protection case yang sesuai untuk die...
 =(

.....::: Pink LG :::.....


assalamualaikum korang.....
lamanya xupdate blog...
after naik cuti raya haji ni agak bz sikit la...
minggu ni pun sama sebab ad mid term exam n quiz...
sgt penat!!!...

next week mid sem break...
tp malangnya aku still kat UUM...
sbb nye di penghujung cuti aku ada program,,,
so macam xberbali kalau nak balik...
sekejap sangat...
xpe la,dah sem last kan (in shaa ALLAH)

dalam keadaan hujan pun still lagi sempat bershopping
shopping power bank!!!

gila la warna die...
buy 1 free 1....
cool x???


hope tahan lama la benda lah ni...
nak guna untuk masa depan ni....huhuhu

Thursday, October 17, 2013

.....::: Berbaju Merah :::.....

assalamualaikum.....
first sekali selamat hari raya korban kepada semua....
aku yang mula2 xnak balik kampung ni boleh terbalik
hahahahaha
ni pict time hari graduasi adik aku yang ke 4
kebetulan aku balik die lak ada hari graduasi


semua yang tengok pict ni cakap aku nampak kecik...
nak tergelak lak aku rasa
tp bagi aku,aku nampak kurus sebab adik aku terlampau besau..
hahahahah

Tuesday, October 1, 2013

.....::: first time :::.....


assalamualaikum korang...
ni first time aku update blog dengan hp..
tengah mencuba..
macam seronok je...huhuhu


~terpaksa edit sbb update guna hp xdapat bt tulisan die center~

Monday, September 30, 2013

.....::: kata nenek :::.....


assalamualaikum...
hari tu,,,duk lepak2 kat kampung...
boleh lak aku bersembang dengan nenek aku pasal.....
hati lalat yang ada kat jari aku ni..
aku cakap la sebelum ni xde,die baru je keluar..
nenek aku boleh gelak!
yela,,umur dah 24 boleh lagi kan buat ayat macam budak2...
sabo je la!

pastu nenek aku cakap,,,
tahi lalat ni tandanya...
aku ada kelebihan......
tapi persoalannya sekarang...
"Apakah kelebihan itu????"



aku pun xtau....
hohohoho...
sama2 la kite tunggu dan lihat

=)

.....::: kawan baru :::.....


assalamualaikum korang....
akhirnya "DIA"
ada kawan baru..kihkihkih
post sebelum ni agak sedey...
tp aku malas dah nak fikir2...
life must be go on!..
kan...


di sebalik beg tu....
biar aku je yang tahu...
sayang dua2 ketat2!

Sunday, September 29, 2013

.....::: mood hari ni :::.....


assalamualaikum korang...
mood hari ni...tada!!!!
sbb??
sedey bila mengenangkan nasib..
knp mak ayah aku xsama macam mak ayah orang lain....
(sabarkan aje la)

sebenarnya aku sgt jeles dengan kekawan aku...
yala dieorg semua tempat dah pergi..
aku ni terperuk je kat dalam UUM ni...
tgk abang n adik aku,syok je berjalan2 time dieorg belajar..
aku ni???
baru je mintak duit nak buat belanja dah macam2 dapat
kecik hati???
mmg la aku kecik hati...
sabar je la ain...

nak buat macam mana kan...

.....::: Ujian Keperibadian :::.....


assalamualaikum korang....
dah lama xupdate blog....
bukan bz sgt pun cuma malas...
ni duk sesaja boleh lak aku melayan ujian keperibadian online
nak tau result die????????
.
.
.
.
.
.
.
.
.

taraaaaaa..............
**********************************************************
Anda Pencari (Seeker)

Anda cekap dan boleh diharap serta penuh bertenaga untuk memastikan kerja-kerja diselesaikan. Menguruskan pelbagai tugasan pada sesuatu masa merupakan salah satu daripada kepakaran anda.

Anda juga cenderung untuk menjadi agak romantik. Malah, kadang kala tiada apa yang anda ingin lakukan selain melarikan diri ke dunia impian anda sendiri. Anda penuh dengan kreativiti dan suka mendapatkan ilham daripada pengalaman baru yang menarik.

Buat masa ini, anda berasa agak keliru dan kehidupan boleh berubah dalam kedua-dua arah yang bertentangan. Namun begitu ketidakpastian ini boleh menjadi cara positif untuk anda melihat apa yang anda betul-betul suka lakukan dan melakukan perubahan tersebut...atau anda mungkin dapati yang anda gembira dengan keadaan anda sekarang!

Apabila kehidupan tidak berjalan dengan begitu baik, adalah penting untuk anda beringat untuk memanfaatkan kekuatan dalaman anda dan yakin dengan diri anda. Sebagai Pencari (Seeker), anda sukakan pengembaraan yang akan mengubah sesuatu dengan ketara dan mencabar status quo anda. Belajar untuk mengesan detik-detik tersebut apabila anda memerlukan sedikit kelainan dalam hidup anda, dan memikirkan cara untuk mengintegrasikannya dalam rutin harian anda. Kekalkan inspirasi anda dengan gabungan pelbagai aktiviti, dan luangkan masa untuk hobi-hobi yang membolehkan anda menerokai sisi kreatif anda.

Anda amat memahami betapa pentingnya keluarga. Hubungan yang anda miliki dengan orang terdekat dan tersayang amat berharga. Pastikan anda merebut setiap peluang untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga kerana ia merupakan satu sumber inspirasi dan keselesaan untuk anda.

Melupakan segala-galanya dan membiarkan diri anda bebas dalam dunia lain apabila anda mempunyai sedikit waktu rehat memang tiada tandingannya. Memberi peluang kepada badan dan fikiran anda untuk berehat dan pulih adalah sangat penting, dan ia lebih baik jika diiringi dengan lagu-lagu hebat daripada filem.

Anda mengambil berat tentang orang-orang di sekeliling anda, dan jika mereka gembira maka anda pun gembira. Anda tahu bahawa kehidupan ada pasang surutnya, dan ingin mengekalkan keseimbangan yang sihat bagi kedua-duanya. Kesudahannya, anda mempunyai pendekatan yang amat baik bagi kehidupan. Anda tahu yang kebahagiaan sebenar datang daripada orang dan bukannya daripada barangan. Ia adalah perkara-perkara yang anda tidak boleh meletakkan harga padanya.

***************************************************

penat weh nak jawap soalan2 die semua...
tp xtau la betul ke tidak semua ni
hahahaha
just buat je....

=)

Friday, September 13, 2013

.....::: Nokia :::.....


korang,,,,
cute x hp aku??
sama tapi xserupa.....


punya la susah aku nak mencari hp lama2 ni...
akhirnya jumpe jugak untuk digunakan buat sementara waktu...
ofcz la aku sayang gila kat dua2 ni....


.....::: oh! akak senior ke? :::.....


assalamualaikum korang.....
semester baru azam baru...
(setiap sem mcm tu tp hampeh je....)
hope so la kan....
positifkan diri,,,,
in shaa ALLAH boleh!

pejam celik pejam celik....
dah semester6 aku ni...
tahun akhir n semester akhir...
cannot believe that!!!!

baru seminggu masuk sem ni,
tp dah rasa macam 3 4 minggu masuk belajar...
risau nak exan,assignment,quiz
presentation,report......
oh!student life....

sem ni aku ada byk x sekelas dengan kekawan yang satu batch n satu kos..
so,,,menapak sesorang je la nanti dekat librry...
yg kelakarnya ada satu kelas ni...
"Process Writing"
aku je sem6....lain2 semua sem3...
xboleh terima yang aku ni dah senior...
sayang nak tinggal UUM kot...

walaupun busy dengan kelas tapi.....
hobi mendownload cerita still on...
hahahahahahaha...........


**********************************************************

aku nak share sikit jadual kelas aku sem ni..
agak padat la...

AHAD
8.00 - 9.30 international finance
9.30 - 11.00 process writing
2.00 - 3.30 seminar in finance

ISNIN
9.30 - 11.00 strategic management
11.00 - 12.30 recreation management
12.30 - 2.00 financial risk management
2.00 - 3.30 personal finance

SELASA
off day

RABU
8.00 - 9.30 international finance
9.30 - 11.00 process writing
2.00 - 3.30 seminar in finance

KHAMIS
9.30 - 11.00 strategic management
11.00 - 12.30 recreation management
12.30 - 2.00 financial risk management
2.00 - 3.30 personal finance

JUMAAT & SABTU
off day



Thursday, September 5, 2013

.....::: Takwim Semester Pertama Sesi 2013/2014 :::.....


assalamualaikum korang..
lama betul x update blog...bukan ape...
sayang nak update...sbb kalau buka blog line tenet kat rumah slow!
sekarang aku tgh bz untuk masuk sem baru
in shaa ALLAH ni last sem aku...
hope xde yang sangkut!!
(amiin......)

kat bawah ni aku ad la upload takwim aku sem depan....
so,,,bg korg2 yang nak ajak aku holiday....
hope rujuk takwim aku ni dulu ye...
(bajet hot la kan.......)


tengok pada gaya nya....
aku xdapat nak balik raya haji nanti...
tp xpe la kot sbb aku pun bukan makan daging lembu pun....
ish3...kesian betul kan....
cuti pertengahan sem pun just seminggu....
tengok keadaan assignment..
kalau banyak xbalik jugak kot....
hohohohohohoho.....
jangan sedey wahai hati.....

Saturday, August 3, 2013

.....::: Oh!!! Cuti raya.. :::.....


assalamualaikum korang....
hari ni terlebih rajin lak....
sbb pc dah dapat internet kan....
hohohohohoh.......

eh!!!
hati ni xsabar2 nak balik raya...
yes!! cuti dah approve kot...
(mengada ambik cuti 2 hari b4 raya)

happy gile kot dapat balik awal...
dapat la aku berbuka kat rumah with family....
tp bukan kesemua family la....
adik aku xdapat balik....
tak raya kat Malaysia la die thun ni......
sian die.......
(xpe cik,,,,ilmu tu penting.....)

syukur sangat2 dah dapat cuti....
blh la buat sikit persiapan raya kat rumah....
hahahahaha......
tudung raya aku pun xde lagi kot....
cari yang around RM10-15 sehelai ok kot....
save bajet....

ish ish ish.....
sangat xsabar nak tinggalkan kuantan....
selamat tinggal nasi ayam....
selamat tinggal nasi kukus....
selamat tinggal nai kerabu.....
selamat tinggal meggi..........

balik rumah makan masakan ma....
perh!! sedapnyeeeeeeeeeee.....
walaupun just singgang ikan aya....
yummy!!!!

=)

Wednesday, July 31, 2013

.....::: DIA :::.....


assalamualaikum korang semua....
semalam aku dah update...
hari ni pun update lagi....
sbb nye aku kne key in receive dari bank yang xbanyak songeh...

sebenarnya semalam birthday DIA....
so,,,aku wish la kat die....
(walaupun hati dah tekad tp tangan ni gatai jugak nak send sms)
jam 23:59 aku send sms kat die
ni la bentuk sms nye
punya la xde idea nak tulis mula2...
last2 2 page jugak!
(yg ni aku dah edit masuk note sbb yg dlm imbox dah delete)

yang syoknya!
jam 02:01 die reply....
"tq pray 4 me...:)
sory sbb xlayn awk gn baik.bsok sy grak g rompin plak spai ary ahad last outstation huh.very2 penat de"

perlu ke gtau yang awk nk p outstation???

aku nak reply ke x erk????
 msj die tu still lagi xberbalas....

mybe xpayah kot nak reply...kan dah tekad...
betul x korang????

 **********************************************************
ni sesaja je xde kerje n xboleh tdr semalam...
gatai nak ambik pict wallpaper hp..
boleh mak aku ckp ni bukan pict aku...huhuhu

~merahnya bibir ce'~

=)

Tuesday, July 30, 2013

.....::: Cuti Sem :::.....

assalamualaikum korang...
lama gila aku update blog.....
time kat u xde masa nak mengarang....
time cuti ni lak aku kerje...so...
xde internet laaaa....

hampir sebulan aku kerje...
macam2 rasa aku tempuh..
maklum la sesorang....
kat ofis sesorang,,balik bilik pun sorg...
 nasib la kekadang my mum n dad datang...
xlupe jugak kwn baik aku yg sudi teman aku berbuka..
(walaupun bukan hari2)
setakat ni aku xberkesempatan lagi nak berbuka puasa kat rumah....
macam sedey lak rasanya...
(hope dapat la berbuka kat rumah nanti)

aku harap aku xkan rasa lagi dugaan ni bila aku kerje t....
n kerje aku sekarang berbaki sebulan...
xsabar nak habis!!!

persiapan raya aku????
cnfm la xtau pape lagi kan....
tudung pun entah kemana...hope dapat la cari last2 minit t

**********************************************************
kepada awak tu!!!!
saya.....NUR AIN BINTI ROSLI....dengan rela hati melepaskan awak pergi dari dalam hati saya....
hope lepas ni saya kuat untuk betul2 tinggalkan awak...
xmacam yg sebelum2 ni....
hilang setahun,,timbul balik...
hilang setahun,,timbil balik.....


Thursday, June 13, 2013

.....::: Din or Dean :::.....


assalamualaikum korang........
perh!!!......
satu perkataan je yang blh aku cakap...
'PENAT'
(yana jangan terasa hati tau,ain tolong ikhlas....)

penat sebab......aku ni baru je sampai kedah..hari selasa (11.06).....
sampai bilik dah pukul9 am...
landing2 atas katil blh lak tertidur...
bgun tgh hari cuba untuk stdy paper
'International Finance'
sbb paper tu aku exam 12.06
mmg kene paksa jugak la kan walaupun badan penat....

ni,,,kisah semalam........
kisah "dinn or dean"
lepas je exam 'International Finance'
aku teman la kawan aku ni p settle kat prblm die....

first tempat yang kami menapak....
pejabat hea....
time tu pukul12 tgh hari....
sembang la dengan akak ni....agak ok jugak la
xde la kerek semacam kan...
akak ni cakap, en. yang ambik kes kwn aku ni tgh berkursus..
dekat hotel EDC tu je....
dalam pkul2 lebih mai balik,jumpe en. tu....
serius namanya pun kami xtau.....
ada perkataan 'din' jugak la...

lepas pukul2 kami manapak lagi kat pejabat hea...
tggu punya tggu....
kami di layan oleh en, salehuddin....
(din jugak tapi din yang nak jumpe kami tu xdatang lagi)
bla....bla....bla.....bla....
ok,kami tggu 'din' kami.....
tggu punya tggu....hampa....
'din' tu xmuncul.....akak yang tadi pun sembang la dengan kami.
ape penjelasan en, salehuddin tu...
akak tu cakap kalau nak lebih confm
p pejebat pengijazahan...
n berjumpe dengan encik abu hasan...
takut2 kot nak masuk....tp kne jugak....
pong pang pong pang.......
dengan en. ni bersama dengan die punya ketua....
conclusion nye....
"apa2 pun kne p jumpe 'DEAN' kamu.....'DEAN' kamu lagi berkuasa dari kami kat sini...."

kami pun menapak la ke pejabat dekan....
nk jumpe dekan,dekan meeting...time tu dah pukul4....
jumpe la dengan Dr. Zahiruddin....
(din lagi.....)
sembang punya sembang....subjek kawan aku tu memang xlepas untuk di buat elektif bebas...
nak bt cmne,,redho n pasrah je la...
tapi kami sebenarnya dah tau hal tu cuma kami nak tau penyelesaian die...
sbb kwan aku ni sem depan dan kne p pratikal...

so kami pun p la pejabat PPA....
(pembangunan pelajar dan alumni)
pejabat ni yang menguruskan bahagian praktikal...
saja nak tau flow kalau kwn aku ni tarik diri prtikal...

now!!!
yana,,jangan rungsing2.....fokus dulu paper 14 n 15 t ok....

~ALLAH xuji ummat dia yang tak mampu mengharungi ujian tu~

aku lak...akibat kepenatan.....
awal gila tdr.....
lepak2 atas katil...layan mood tdr jap....
mandi.....after mandi letak kepala terus tidur!
senang sangat nak tdr semlm...

sampai mimpi2!

=)

Friday, June 7, 2013

.....::: 07/06/2013 :::.....


Assalamualaikum korang....
td baru terbuka blog someone...
terpandang la tentang
"FLORIA PUTRAJAYA 2013"

serius terasa sangat nak pergi...
y???
becoz yang tahun lepas aku dapat join cume agak xbest sebb aku p dengan makcik aku
sekali dengan 'anak2 aku'
kan best kalau dapat p dengan someone je!
(berangan je la ko ain...)

syok tau p tgk bunga2....
cantik2,,,kreatif2....
tambah2 lagi waktu malam...
warna warni....
bila la dapat rasa semua tu....

n.......
tuk my life...
aku study pun lagi!!!!!!
gila kentang ko ain....
serius esok dah kne betul2 fokus.....
xboleh main2 lagi dah....
nanti paper berderet2 kot....

SABRINA.....
entah angin ape melanda aku malam semalam....
boleh terasa rindu gila bagai dekat die...
aduh!! nasib ko le SABRINA....
terpaksa melayan kerenah kawan yang sorang ni...

tu je untuk malam ni
eh! pagi ni...
night alls....
=)

Monday, June 3, 2013

.....::: Nurse Sendiri :::.....


Assalamualaikum
hai..rajin lak meng upload entry banyak2...
(rajin bersebab ni.......hahahaha)

dari aku duk sesaja tunggu orang...
baik aku chek tekanan darah aku...
maklum la,,,awal sem baru ni aku ni ada darah tinggi...
aku pun pelik sebenarnya,,,tp mybe hari sebelum aku p chek tu..
aku bz sikit kot...
yela, seingt aku....hari jumaat tu aku join program DPP...
malam tdr lambat...
hari sabtu lak aku p 'KURSUS KAHWIN'
malamnya tdr lambat lagi...
(time kursus tu die bg daging lak tu...)
esokny kelas pukul8 pagi...
mmg xcukup rest la kan...

now!!!
ni hasil ujian yang aku buat....

ni sebelah kiri punya result

~ first time punya result ~

~ second time punya result ~

yang ni sebelah kanan punya result

~ first time punya result ~

~ second time punya result ~

punya la takut salah kan...
banyak kali aku try...
kiri n kanan....

akhirnya....aku normal
eh!!! salah.....
sebenarnya aku mmg xde penyakit darah tinggi la...
baru ni penat teramat kot..

=)


.....::: KAMI :::.....


Assalamualaikum....
tadi malas nak transfer....
sekarang dah rajin lak...hahahaha...

~ rombongan kami menyerang bilik pengantin ~

~ ain O, ada, aku, kak G, ina ~

~ ain O, ada, ain mat, kak G, ina ~

~ (>.<) ~

~ along pandang lain ~

~ along & angah ~
(rindu zaman tidur sekatil n sebantal dengan along)

~ u look so beautiful ~

~ sementara menunggu my driver datang ~
ada yang perli2 lak aku ambik pict sendiri...
xpe la..hp aku murah je...bukan hp mahai pun..
sbb tu pict xcantik...
(sebenarnya empunya diri yang xcantik.....hahahahaha)

=)