BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 29, 2013

.....::: Ujian Keperibadian :::.....


assalamualaikum korang....
dah lama xupdate blog....
bukan bz sgt pun cuma malas...
ni duk sesaja boleh lak aku melayan ujian keperibadian online
nak tau result die????????
.
.
.
.
.
.
.
.
.

taraaaaaa..............
**********************************************************
Anda Pencari (Seeker)

Anda cekap dan boleh diharap serta penuh bertenaga untuk memastikan kerja-kerja diselesaikan. Menguruskan pelbagai tugasan pada sesuatu masa merupakan salah satu daripada kepakaran anda.

Anda juga cenderung untuk menjadi agak romantik. Malah, kadang kala tiada apa yang anda ingin lakukan selain melarikan diri ke dunia impian anda sendiri. Anda penuh dengan kreativiti dan suka mendapatkan ilham daripada pengalaman baru yang menarik.

Buat masa ini, anda berasa agak keliru dan kehidupan boleh berubah dalam kedua-dua arah yang bertentangan. Namun begitu ketidakpastian ini boleh menjadi cara positif untuk anda melihat apa yang anda betul-betul suka lakukan dan melakukan perubahan tersebut...atau anda mungkin dapati yang anda gembira dengan keadaan anda sekarang!

Apabila kehidupan tidak berjalan dengan begitu baik, adalah penting untuk anda beringat untuk memanfaatkan kekuatan dalaman anda dan yakin dengan diri anda. Sebagai Pencari (Seeker), anda sukakan pengembaraan yang akan mengubah sesuatu dengan ketara dan mencabar status quo anda. Belajar untuk mengesan detik-detik tersebut apabila anda memerlukan sedikit kelainan dalam hidup anda, dan memikirkan cara untuk mengintegrasikannya dalam rutin harian anda. Kekalkan inspirasi anda dengan gabungan pelbagai aktiviti, dan luangkan masa untuk hobi-hobi yang membolehkan anda menerokai sisi kreatif anda.

Anda amat memahami betapa pentingnya keluarga. Hubungan yang anda miliki dengan orang terdekat dan tersayang amat berharga. Pastikan anda merebut setiap peluang untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga kerana ia merupakan satu sumber inspirasi dan keselesaan untuk anda.

Melupakan segala-galanya dan membiarkan diri anda bebas dalam dunia lain apabila anda mempunyai sedikit waktu rehat memang tiada tandingannya. Memberi peluang kepada badan dan fikiran anda untuk berehat dan pulih adalah sangat penting, dan ia lebih baik jika diiringi dengan lagu-lagu hebat daripada filem.

Anda mengambil berat tentang orang-orang di sekeliling anda, dan jika mereka gembira maka anda pun gembira. Anda tahu bahawa kehidupan ada pasang surutnya, dan ingin mengekalkan keseimbangan yang sihat bagi kedua-duanya. Kesudahannya, anda mempunyai pendekatan yang amat baik bagi kehidupan. Anda tahu yang kebahagiaan sebenar datang daripada orang dan bukannya daripada barangan. Ia adalah perkara-perkara yang anda tidak boleh meletakkan harga padanya.

***************************************************

penat weh nak jawap soalan2 die semua...
tp xtau la betul ke tidak semua ni
hahahaha
just buat je....

=)

0 comments: