BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 31, 2011

‎...::: jadual exam :::...




1/1/2012=hubungan entik
4/1/2012=Ecom I
13/1/2012=makroekonomi
13/1/2012=pengantar statistik
17/1/2012=bahasa melayu
19/1/2012=pengurusan kewangan II

......::: azam saya :::......




╭━━━╮╭━━━╮┈┏┓╭━━━╮
┗━━╮┃┃╭━╮┃┏╯┃┗━━╮┃
╭━━╯┃┃┃┈┃┃┗┓┃╭━━╯┃
┃╭━━╯┃┃┈┃┃┈┃┃┃╭━━╯
┃┗━━┓┃╰━╯┃┈┃┃┃┗━━┓
┗━━━┛╰━━━╯┈┗┛┗━━━┛



~ tutup buku lama buka buku baru ~



tahun 2011 meninggalkan 1001 rasa lam hidup....
tp 2012 mungkin bakal mengukir sejarah manis tuk kite.....
siape tahu....semuanya ~RAHSIA DIA~


kita sebagai hamba perlu bersedia tuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal datang

=)


**********************************************************
tahun 2012 ni aku nk :
# tingkat kan usaha lam final exam sem2,3,4 & 5....
# lebey mendekatkan diri dengan DIA....
# xnak cepat2 "HOT"...
# nak jadi anak yang baik...
# nak jadi kawan yang baik...
# nak jadi orang yg fokus dalam pelajaran....
# nak capai keinginan my mum....(hahahahahahahaha)
**********************************************************




Saturday, December 24, 2011

.......::: 24/12/2011 :::........


assalam.......
hari yang sangat membosan kn!!...
xtau nape..
asggment ad tp mls nk bt...senget lak aku nih....masa yg ad terbuang mcm tu je...
dari xde pape bek aku update blog aku ni....hihihihihihi......
en3 b4 ni aku ckp nk upload pict aku kn...

so now.........

::: ni pict aku ngn romate aku sem pas...time ni majlis xstart pn lg :::

::: ni pict aku after dinner bis....sempat lagi bergambar laupun semua dah balik :::

::: ish3, aku lagi.....hahahahaha :::

::: ni lak pict dak2 batch aku yg duk kat DPP Sime Darby...hmpir semua dak permpuan gak la :::

::: bergambar lagi!!! ( dari kiri fiQah,Tiya,Zara,Kinat,Aku,Huda,Kak Lin n Yati ) :::

::: posisi yang sama cuma tambah yang belakang ke Mira n Fatin :::

::: xde kerje lak aku nk bergambar je malam tu :::

::: aku n Yati :::

::: jelas x darbian's night kat belakang?? ::: 

::: saja je pilih pict kabur!!! hahahahahaha =) :::

Tuesday, December 20, 2011

.......:::20/12/2011 :::.......


perh!!!..............
eh3,,,,,assalamualaikum korg....lupe lak :p
sbQ nye mmg penat n ngantuk...
tp still xdpt nk tutup mata....huhuhuhuhu....

so,,,,,,aku nk bercrte la pe yg terjadi semalam....
(sbnr nye xde la smlm sgt...lam 6 jam yg lepas je haaa....)

kami p dinner DPP...
(DPP=Dewan Penginapan Pelajar)
huhuhuhu.....semua duk pakat melaram..
semua cntik2...
aku???cnfm la aku kai je baju yg ad tu ha....
sib bek la baju aku tu ok la...
hahahahaha......
dah jadi cantik (xde yg nk puji so diri sendiri la yg puji)
aku xleh lak nk upload lam ni sbb pict byk lam fon org len..
t aku dh dpt aku upload kan....hahahahahah
tu je kot yg blh aku kongsi mlm ni...

~sok xde kelas~
=)

Wednesday, December 14, 2011

.......::: 14/12/2011 :::........



TARIKH LAHIR KERAMAT!!



@ Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
@ Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
@ Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
@ Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
@ Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
@ Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
@ Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
@ Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
@ Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9



No. 1


Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


No.2


Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


No.3


Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.


No.4


Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.


No.5


Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.


No.6


Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.


No.7


Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.


No.8


Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.


No.9


Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.



=)

Tuesday, December 13, 2011

........::: 13/12/2011 :::........


hai2......
hari ni aku nk update ttg makanan yg aku duk idam2 kan......
sbnrnye ad en3 yg aku nk update,,,dah lama tp terbengkalai lg......
so yg ni aku ad mood nk upload.....

b4 tu..hari ni hari pertabalan sultan kedah menjadi agong... =)

ha.....pict ni aku dapat dri fb along aku tau..
mula2 dia bt pict ni sbgai DP dia.....
pastu aku xtahan dowh ngn godaan pict tu...terus aku bt pict tu DP aku gak...
hihihihihihi...tp along aku tukar DP die,,,so xsama la ngn die skrg....

nih aku upload pict makanan tu.....


ha ni la makanan tu.....
ya ALLAH...mmg teringin benar nk mkn..
sem pas ad gak la yg jual kat labry UUM....
sem ni dah xde,,,so xtau dah kt ne nk cari strwbery coklat nih....
huhuhuhuhuhu.......................sedey...

punya la teringin nk makan,smpai kat dua2 hp aku aku bt pict ni sbgai wallpaper....
sib bek fb xleh bt wallpaper..lau x mmg dah bt dah....
betul2 nk mkn,,,b4 ni dah teringin tp smlm mmg xleh tahan sgt2 dah sbb dah nampak pict ni kn....



so,,,kpd lelaki2 yg nk ngorat i,,,,cari kan i makanan ni tau......cnfm i terima u =)

n today tarikh yg agak cantik.....

::: 13.12.11 :::

Saturday, December 3, 2011

........::: 03/12/2011 :::.......


hai kawan2...saje je nk menconteng lam blog i ni.... =)
huhuhuhuhu,,,,
ha baru2 ni,,masa aku bt majalah...aku ad terbaca lam satu majalah ni...
yg mana,,,ad zodiak baru....so maknanya ad 13 semuanya..
aku mmg xcaye pn kat zodiak2 nih,,,tp tuk suke2 je...
mmg xikut langsung tp kebetulan terpandang...
so tau la...

so........
bile dah bertambh zodiak tu...maknanya...
zodiak korg yg lama mesti berubah kn...
ni dia yg baru : ~

Capricorn: Jan. 20 - Feb. 16
Aquarius: Feb. 16 - March 11
Pisces: March 11- April 18
Aries: April 18 - May 13
Taurus: May 13 - June 21
Gemini: June 21 - July 20
Cancer: July 20 - Aug. 10
Leo: Aug. 10 - Sept. 16
Virgo: Sept. 16 - Oct. 30
Libra: Oct. 30 - Nov. 23
Scorpio: Nov. 23 - Nov. 29
Ophiuchus: Nov. 29 - Dec. 17
Sagittarius: Dec. 17 - Jan. 20

saje je aku nk share kat cni....
tuk pengetahuan je la.....nk percaya or x...xkisah la kn...
hahahahahaha....

Sunday, November 20, 2011

........::: 20/11/2011 :::.......


assalamualaikum............... :)
hari ni hari first lam minggu ni....
happy sbb my mum datang...lau pn juz 30 minit...
tp xpe,,,aku faham sbb jauh lg perjalanan tuk smpai TERENGGANU....

eeemmmmm.................nak ckp pe ye???
ha,,,,sal tarikh hari ni.....
korg semua mesti sibuk nak kahwin tarikh 11.11.11 kn....
sbb ad yg cakap tarikh tu cntik...
cantik!!!........
tp bg aku ad lagi yang lagi cantik...
20.11.2011...
kan cantik tu....
full je tarikh....
n aku pernah berangan nk kahwin 20.12.2012 tau...
tp mybe xkesampaian kot sbb aku dah smbung dgree...
so.......kne skip dulu yang tu...
n 20.12.2012 tu jatuh pada hari khmis.... :)..
hari yg mmg aku nak....
tp tu juz angan2 je la...now aku nk fikir dgree dulu...
tp lau dah jodoh aku OK je...
org cakap bile kite dah kahwin,,,rase bertanggungjawap tu lebey ckit...

about my assgment lak(majalah BM)...
mmg xsiap lg,,,tp lect tu xkisah lau submit lambat...
masalah yg sbnr nye,,,mesin print kat kedai tu yg problam....
huhuhuhuhu...........
so xdpt nk bt pe la....aku ingt boleh la aku upload majalah aku tu hari ni...
hahahahahaha.........

minggu yang sibuk semakin berlalu...
hihihihi,,,tp xsemestinye aku blh enjy....selagi xcuti sem...
selagi tu xleh enjy....



=)

Saturday, November 19, 2011

........::: 19/11/2011 :::........


salam korang.....
=)...
kepale dah ting ckit ni,,,,but i try mu best tuk mengarang...
mybe sbb mood dari smlm buat "BAHASA MELAYU PENGURUASAN"
so,,,,,smpai hari ni mood bm tu still ad...
tp mslah salah taip lak yang jadi...
yela kepale dah ting ckit kan....

perh,,,mmg first time la aku juz tdr 2jam 30 minit....
tu pn terjaga2 gak....
tdr kul 5.30 pagi...pastu blh lak aku terjaga tu juz say "dayah,dah kul6 bangun la"
pastu aku tdr balik,,,,huhuhuhu
(senget lak aku rse,bngun semata2 sbb romate aku dah pesan b4 die tdr kjt kn subuh)
alarm aku lak ad 3..kul 6,kul6.15 n kul 6.30....
bangun lg tutup alarm tp tuan still lg smbung tdr...
fuh,,,dah dekat kul 6.40 romate aku tnye xnak bangun subuh ke??ke dah subuh???
bile tgk jam dah gajah sangat aku pn bangun laaaaa....
pas subuh aku pnjt katil lagi...yg xleh bla.aku siap pesan kat kwn aku suh call aku kul7.30
n.........jangan berhenti call selagi aku xangkat....
hahahahahaha.............
tp 8 miss call dari die aku xsedar...yg ke9 baru sedar tu pn pas romate kejut kan...
time tu dah kat kul8..
smpat lak aku reply msj kwn aku tu ngn "DAH" je...padahal aku smbung tdr lg!!!!
hahahahahahaha.....
perh!!! mcm terkena kejut elektrik sbb dapt msj dari dak group BM...
tgk ad 2 msj,,,satu dari dak group HE satu dari dak group BM...
cnfm2 la aku tgk msj yg dari dak group HE dulu sbb aku ad date ngn dieorg kul8...
ngn blur nye aku rply msj,,"bwk pe je"
senget kn,,dah sah2 nk bt assgment..bwk la lptp n note...
huhuhuhuhu.....

now aku tgh tunggu nk g mam kul12 t....
pas mam kne gerak g tradwins lak..hntr MAJALAH CERIA kami
n lptp dak group BM tu....huhuhuhuhu..............

my gamelan class at 4.00 p.m
xde mase nk tdr lagi....
agak2 bile erk dapat tapau balik tdr 2??????????

=)

Friday, November 18, 2011

.......::: 18/11/2011 :::......



huhuhuhuhu....
saje je nk update en3...
sok aku ad exam mid term FINANCIAL MANAGEMENT II...
tp aku xstdy pape pn lg....huhuhuhu...
juz tengok sepintas lalu je...
xpe!!!!!!!!!!!akan sedaya upaya bace semua bab yg masuk....

sok,,my mum, my dad n my younger brothers nak g langkawi...
mmg la teringin sgt nk ikut tp,,,nk bt cmne sok aku ad mid term....
so.......
redha je la....
sabar ain......sabar ain.... :D

huhuhuhu,,,tuk masa ni mata aku dah ngntuk.....tp nk jugak update blog nih....

n
aku kne block oleh someone.....
dah 2 kali,,,,hahahahaha
kali pertama fb aku yg korg tau.....yg kedua fb len(kantoi ad 2fb)
udah la ain,,,xpayah duk intai2 die....msj die pn jgn balas...
ym die pn sama.....ramai lg lelaki len lam MALAYSIA ni...
xcukup kat dalam negara......tuh!!
yg overC bersepah....
hahahahahahaha

Thursday, November 10, 2011



╗♥q✿r♫m♥❤ TERISTIMEWA BUAT YANG DIUJI PERITNYA CINTA❤♥q✿r♫m♥
║║♫═╦╦╦╔╗
♫╚╣║║║║╔╣MENGAPA HARUS DINANTI SI DIA YG TELAH BERLALU PERGI??
╚═╩═╩♫╩═╝


...☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫

(¯`•.¸ღBercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah..Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai,itulah yang sukar diperolehi..

(¯`•.¸ღ Kadangkala,kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari..Seolah2 itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati..kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah difikirkan sudah hilang.

(¯`•.¸ღ Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang2 boleh merosakkan jiwa kita..membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini..Mana perginya satu azam yang kuat dulu..mana perginya janji kita yang mahu berjaya dalam hidup.
Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta,berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu..kadang kita harus tabah menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita..Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi.

(¯`•.¸ღ Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita..Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki..Namun,sejauhmana kita meratap rayu untuk mejadi milik kita dan bukan hak kita,sampai bila2 pun takkan dapat melainkan dengan izinNya

(¯`•.¸ღ Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan perolehi.apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya..Kita Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun iman..

(¯`•.¸ღ Kadang kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita.sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu.Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar..Tapi,kerana kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan,dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata.menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti.

(¯`•.¸ღ Itulah kita..selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita.membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang.
Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata..cinta itu bukan milik kita lagi.cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta..sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.sedangkan masa yg berlalu tidak akan menunggu kita..sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata,mambazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.

(¯`•.¸ღ Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA..krn hakikatnya JODOH itu bkn ditangan mnusia..Ats kasih syg Allah jua kita bertemu dgnnya dan ats limpahan kasihNya jua kita dipisahkan b'sama HIKMAH yg t'sembunyi.

☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫




p/s : copy by facebook coz xnak hilang dari simpanan =)

.......::: 10/11/2011 :::......





::: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" :::

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!



p/s : copy by facebook coz xnak hilang dari simpanan =)

.......::: 10/11/2011 :::......




WOW! INILAH 7 KEAJAIBAN SELEPAS MENANGIS

Siapa kata menangis tidak ada faedahnya? menangis terlalu lama boleh membuatkan mata merah dan bengkak. Tapi , menangis dan mengeluarkan air mata boleh menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apakah keajaiban itu?

Dipetik dari Beliefnet, ini dia 7 keajaiban yang anda perolehi setelah menangis dan berair mata:

@Membantu penglihatan
Air mata terbukti membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.


@Membunuh bakteria
Tak perlu ubat eye drop tu, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria secara semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pemegang tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

@Memulihkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan pulih kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yang berguna dalam mengembalikan sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

@Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan berjaya mengkaji bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi dikatakan mengandungi racun. Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

@Mengurangkan stress
Macam mana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata dikatakan mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

@Mengeratkan hubungan silaturahim
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang mengeratkan silaturahim antara kawan-kawan. Biasanya seseorang yang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan kawan-kawannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan seterusnya meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

@Me’rileks’kan perasaan/diri
Semua orang pernah mengalamai perasaan selepas menangis. Walaupun anda didera pelbagai masalah dan rintangan, namun selepas menangis pasti akan me’rileks’kan perasaan dan diri. Selepas menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran anda dengan menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis sepuas-puasnya tanpa halangan.

Jadi, apa salahnya kalau kita menangis sekali sekala kan...

p/s : copy by facebook coz xnak hilang dari simpanan =)

.......::: 10/11/2011 :::......




9 SEBAB HUBUNGAN TAK MAMPU BERTAHAN


...::: Menipu :::...

Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

...::: Harapan / Kebebasan :::...

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

...::: Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan :::...

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

...::: Mengungkit Hal Yang Lalu :::...

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

...::: Berbeza Pendapat :::...

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

...::: Status Yang Tinggi :::...

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

...::: Hal-hal Yang Menyakitkan Hati :::...

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

...::: Kehidupan Yang Sangat Mendesak :::...

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

...::: Kawan-kawan dan Keluarga :::...

Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.


p/s : copy by facebook coz xnak hilang dari simpanan =)

Wednesday, November 9, 2011

***KALENDAR AKADEMIK SESI 2011/2012***

KALENDAR AKADEMIK SESI 2011/2012 *
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SEMESTER PERTAMA
AKTIVITI
TARIKH
TEMPOH
Pendaftaran Pelajar Baru & Minggu Suaikenal
Rabu, 7 September 2011 –Jumaat, 9 September 2011
1 minggu
Tempoh Pengajaran
Sabtu, 10 September 2011 –Selasa, 25 Oktober 2011
7 minggu
Cuti Pertengahan Semester
Rabu, 26 Oktober 2011 –Jumaat, 11 November 2011
2 minggu
Tempoh Pengajaran
Sabtu, 12 November 2011 –Khamis, 29 Disember 2011
7 minggu
Peperiksaan
Sabtu, 31 Disember 2011 –Khamis, 19 Januari 2012
3 minggu
Cuti Antara Semester

Jumaat, 20 Januari 2012 – Jumaat, 17 Februari 2012
4 minggu

*****************************************************
SEMESTER KEDUA
AKTIVITI
TARIKH
TEMPOH
Tempoh Pengajaran
Sabtu, 18 Februari 2012 - Khamis, 5 April 2012
7 minggu
Cuti Pertengahan Semester
Jumaat, 6 April 2012 –Jumaat, 13 April 2012
1 minggu
Tempoh Pengajaran
Sabtu, 14 April 2012 -Khamis, 31 Mei 2012
7 minggu
Minggu Ulangkaji
Jumaat, 1 Jun 2012 –Jumaat,8 Jun 2012
1 minggu
Peperiksaan
 Sabtu, 9 Jun 2012 -Khamis, 28 Jun 2012
       3 minngu
Cuti Panjang
Jumaat, 29 Jun 2012 –Jumaat, 31 Ogos 2012
10 minggu

Hari Deepavali
-
Rabu, 26 Oktober 2011
Hari Raya Qurban
-
Ahad, 6 November 2011 – Isnin, 7 November 2011
Hari Krismas
-
Ahad, 25 Disember 2011
Tahun Baru Cina 2012
-
Isnin, 23 Januari 2012 - Selasa, 24 Januari 2012


Tertakluk kepada pengesahan Senat

........::: 09/11/2011 :::........


assalamualaikum....................
selamat hari raya korban semua....
huhuhuhuhu...aktiviti raya aku agak ny sma je kot mcm korg...
balik kg n mkn daging...
tp aku mmg xsuke daging....so mmg xsentuh langsung pn time balik kg baru2 ni...
hihihihihihi....sib bek ad gak lauk2 lain....

hari ni????
plan aku nk bt semua asgment yang telah terbengkalai.....
tp,,,perut tgh lapaQ gile ni....
teringin nk makan kentang goreng with mayonis...
yummy!!!!!
so,,terpakse la tunggu kedai buke nk g beli kentang....

ni crte smlm......
punya la lama aku mengidam nak makan yee mee sizzling...
smlm baru tercapai hasrat aku...
thankz to my dad!!!
sangguh ke "MESRAMALL" semata2 nk tunaikan hajat aku...
korg jgn xtau,,,aku ni anak mnje ayah aku...
setakat ni,aku nk mkn pe...
insyaALLAH dia akan tunaikan....sbnQ ny,,,,
bukan aku je,,,,adik2 yg len pn sama gak...
ckp je nk mkn pe,,,kat mana...
if ad duit lebey....dapat la kami makan!!!!
best2.....

tp............................... =(
yang xbest nye..
cuti dah nak bis....waaaaaaa....
jumaat dah balik US (Ulu Sintok)
sobb.......sobb.......

lupe nk snap pict yee mee sizzling smlm....
dapat2 je terus ngap!!!!!!
cop!!! doa aku baca tau =)

Friday, October 28, 2011

.......::: 28/10/2011 :::......



ha,,,,kepada kwn aku cik ida katak hijau......
ko msti nk tau nape aku pening2 kepala kn...

gini al-Qisah nye....

aku xtau pe yg bermain kat fikiran ma aku tu...
sejak aku balik ni,,,setiap hari die asyk bersyarah kat aku sal jodoh...
sibuk tnye aku ad ke xde kwn lelaki...
mmg cnfem2 la aku dah xde kwn lelaki yg nk dibuat calon...
mcm2 la die leter kat aku,,smpai aku nek pening...
aduh,,,,bernanah gak telinge...
bile aku ckp aku nk bljr bg bis dlu,,,die ckp...
time bljr la kne cari calon....t dah grad senang...
boleh terus rncang step seterusnya....
menggaru kepala aku dgr jwpan die....
aku ni,,,dgn jht mulut tnye,xsabar ke nk ad menantu...
eh,,jwp die..lau ad calon ma bg khwn skrg....
gggrrrrrrrrr..........
adui...ssh....tiap2 hari duk bilang ank org tu khwn,,ank org tu dah khwn...
pastu kait ngn aku....
blh lak die suh cari kwn2 satu U ngn aku...
huh!!! mmg x la kn....

bile dah tua mcm2 lak kne fikir...nk jd kanak2 balik!!!!!
waaaaaa............. ;(

Thursday, October 27, 2011

.......::: 27/10/2011 :::.......





BEZA DI ANTARA CINTA, MINAT, SUKA DAN JUGA SAYANG


Cinta~Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita.
segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.
dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia.
kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
(dalam erti lain : cinta ditujukan kepada seseorang yang kita selalu ingt dan mimpi.
tanpanya kita akan sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je )


Sayang~Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita.
selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.
(dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita juga boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka~Kita sukakan dia kerana dia kelakar.
dia happy-go-lucky.
bilabersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut.
tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu.
(dalam erti lain : suka di tujukan kepadaseseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita.
kita akan suruh dia diam sekiranya keng kita dah nak pecah...)


Minat~Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.
(dalam erti lain : minat di tujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan....)


tetapi kite kena ingat bahawa tanpa minat, suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.....

Thursday, October 6, 2011

........::: 06/10/2011 :::......



en3 b4 ni aku post ilmu kat korg....
kali ni....
aku nk bebal pasal aku lak....
perrrhhhhhhh..............

lau ingt kat asgment yang bertimbun tu...rse mcm xnk je bagi hari bertukar ganti...
tp!!!!!!!!!!!!
bile ingt je cuti....nk lak suh masa tu cepat je berlalu...
hahahahaha........
manusia2,,,xpernah puas ngn ape yang ad....
kihkihkihkihkih........

ha,,,,,,,,sebut sal asgment aku..........
xyah cakap la.....berderet2 kerje.....

semua subjek ad tugasan....
lambat n cepat je yang membezakan...
tp aku ni,,,lam byk2 asgment,,,leh lak berblogging...berFB...
mmg senget se senget2 nye la...

hahahahahahahahaha......

=)

Wednesday, October 5, 2011

.......::: 05/10/2011 :::.......

hai2....lama xupdate blog...
dekat sebulan kot blog xberisi dengan cerita2 baru....

cerita ni aku nk kongsi ngn korg...
aku ambik lam majalah "FIZIKR"
aku dapat keratan crite ni mase tunggu semah n min kat surau FE....


:::: tajuk nya ::::

SAKITNYA BERSALIN.....


wanita yang melahirkan anak secara normal tidak dapat mengelak daripada kesakitan semasa bersalin. ini termasuklah kesakitan ketika kontraksi (pengecutan rahim), kesakitan ketika anak keluar dan juga kesakitan ketika bahagian-bahagian yang koyak dijahit.

namun, kesakitan yang dialami ketika kontraksi adalah satu saat yang paling tidak dapat dilupakan. ia boleh disebut sebagai saat yang paling menyakitkan bagi seseorang wanita selain daripada mati sehingga ada yang mengatakan "lepas ni tak mahu bersalin lagi" atau "ini yang last". bahkan ramai yang berfikir untuk mati seketika saat itu sebagai jalan penyelesaian untuk menghilangkan kesakitan yang teramat sangat.

melahirkan anak pertama biasanya lebih sakit berbanding anak-anak seterusnya. malah semakin panjang proses bersalin, semakin lama dan semakin teruk ibu menderita. secara purata, proses melahirkan anak sulang adalah 12 jam manakala anak yang seterusnya adalah sekitar 8 jam. maka boleh dikatakan melahirkan anak pertama adalah paling menyakitkan dan paling sukar bagi seseorang wanita.

pelbagai cara digunakan untuk mempercepatkan proses bersalin dan memendekkan penderitaan kaum ibu. di hospital terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mempercepatkan proses bersalin. cara yang pertama adalah dengan menggunakan ubat-ubatan seperti oksitosin yang boleh menguatkan kontraksi rahim dan menolak bayi keluar. bagi kelahiran sulung, episiotomi (potongan dibuat pada faraj) untuk memudahkan proses bersalin apabila bayi hendak keluar.

dalam al-Quran, Allah s.w.t. telah menjelaskan satu kaedah yang sangat efektif untuk memudahkan proses bersalin. Allah s.w.t. telah merakamkan detik-detik Mariam semasa dalam kesakitan untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dengan izin Allah apabila Mariam mengandung, beliau berasa risau dan menyisihkan dirinya daripada masyarakat kerana tidak sanggup berhadapan dengan mereka apabila melahirkan seorang anak tanpa suami kelak. apabila tiba di Bethlehem, selatan Jerusalem, beliau mula berasa sakit untuk melahirkan anak dan beliau bersandar di bawah sebatang pohon kurma. firma Allah s.w.t yang bermaksud:

"Maka rasa sakit akan melahirkan anak emaksa dia (bersandar) pada pangkal pohon kurma. Dia berkata : 'Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupakan'. Maka Jibrail menyeru nya dari tempat yang rendah: 'Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan gongcanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu'". (surah Maryam19:23-25)

maha suci Allah yang telah mengajar kaum ibu tentang kaedah-kaedah tertentu untuk mengurangkan penderitaan dan mempercepatkan proses bersalin. bahkan kaedah-kaedah ini telah lama diaplikasikan dai wad-wad bersalin.


MENARIK POHON KURMA

kajian perubatan menunjukkan bahawa dengan menarik atau meramas objek tertentu juga akan memudahkan proses melahirkan anak. tindakan tersebut akan mempercepatkan pergerakan bayi keluar melalui salur peranakan. hal ini telah dipraktikkan di wad-wad bersalin sejak dahulu lagi. pelbagai cara digunakan untuk mengaplikasikan kaedah ini seperti menarik tali yang bergantung pada syiling, memegang besi yang dilekatkan pada katil, menggunakan kekuda dan juga meramas tangan seseorang, seperti SUAMI.

disesetengah hospital, terdapat satu alat berbentuk U yang dilekatkan pada katil pesakit yang dikenali sebagai "squat bar". dengan menarik alat ini akan memudahkan proses melahirkan bayi dengan cara memendekkan salur peranakan dan melebarkan bukaan rahim. alat ini akan membantu ibu untuk berada dalam keadaan mencangkung apabila dia menarik badannya keatas dan menekan kaki ke bawah. dalam kedudukan ini, otot-otot rahim akan mengembang meskipun dengan hanya menggunakan tenagayang minimum. kedudukan ini juga menyebabkan tulang pelvis mengembang sebanyak 30% daripada asal dan menyebabkan bayi dengan mudahnya dikeluarkan.

"menggoncang pohon kurma" juga merupakan salah satu senaman. senaman ringan juga digalakkan untuk melegakan kesakitan dan juga memudahkan proses bersalin seperti berjalan-jalan di sekitar wad bersalin. maka sebab itulah ibu-ibu pada peringkat awal kelahiran anak disarankan untuk melakukan sedikit senaman yang boleh mengurangkan tekanan pada badan dan mengurangkan komplikasi semasa bersalin.


MAKAN BUAH KURMA

menggugurkan buah kurma seperti yang disebut dalam ayat di atas tentu ada kaitannya dengan orang bersalin. pasti ada khasiat tertentu. khasiat umum buah kurma sememangnya sudah diketahui umum. buah yang dikenali sebagai "Bread of Besert" ini mengandungi gula semual jadi yang membentuk kira-kira 2/3 daripada beratnya. gula semula jadi ialah sejenis gula yang senang diserap, dicerna dan ia mampu membekalkan tenaga dengan pantas kepada badan. gula ini ialah jenis fruktosa dan berbeza dengan gula jenis glukosa yang terdapat dalammenu masakan seharian kita.

kajian perubatan moden menunjukkan salah satu kurma adalah dapat memepercepatkan proses kelahiran bayi. pakar-pakar perubatan menggalakkan ibu-ibu pada fasa awal kelahiran untuk makan makanan yang mengandungi fruktosa yang tinggi. sumber yang paling baik untuk membekalkan fruktosa tidak lain dan tidak bukan iaitu kurma. tenaga yang dihasilkan oleh gula fruktosa begitu hebat sehingga menguatkan semula badan-badan yang lemah dan tidak bertenaga dalam masa yang cepat. kurma dapat merangsangkan otot-otot rahim rahim dengan mengawal dan menguatkan pengecutannya untuk memudahkan proses bersalin.

semasa mengandung, otot-otot rahim mengembang dan membesar serta ia bekerje keras untuk menolak bayi keluar selama berjam-jam lamanya tanpa hent. maka rahim memerlukan bekalan gula fruktosa yang mencukupi semasa proses kritikal tersebut. gula fruktosa ialah gula yang paling sesuai dalam keadaan ini. gula glukosa dianggap kurang sesuai kerana ia mengambil masa yang lama untuk menjana tenaga.