hai2....lama xupdate blog...
dekat sebulan kot blog xberisi dengan cerita2 baru....
cerita ni aku nk kongsi ngn korg...
aku ambik lam majalah "FIZIKR"
aku dapat keratan crite ni mase tunggu semah n min kat surau FE....
:::: tajuk nya ::::
SAKITNYA BERSALIN.....
wanita yang melahirkan anak secara normal tidak dapat mengelak daripada kesakitan semasa bersalin. ini termasuklah kesakitan ketika kontraksi (pengecutan rahim), kesakitan ketika anak keluar dan juga kesakitan ketika bahagian-bahagian yang koyak dijahit.
namun, kesakitan yang dialami ketika kontraksi adalah satu saat yang paling tidak dapat dilupakan. ia boleh disebut sebagai saat yang paling menyakitkan bagi seseorang wanita selain daripada mati sehingga ada yang mengatakan "lepas ni tak mahu bersalin lagi" atau "ini yang last". bahkan ramai yang berfikir untuk mati seketika saat itu sebagai jalan penyelesaian untuk menghilangkan kesakitan yang teramat sangat.
melahirkan anak pertama biasanya lebih sakit berbanding anak-anak seterusnya. malah semakin panjang proses bersalin, semakin lama dan semakin teruk ibu menderita. secara purata, proses melahirkan anak sulang adalah 12 jam manakala anak yang seterusnya adalah sekitar 8 jam. maka boleh dikatakan melahirkan anak pertama adalah paling menyakitkan dan paling sukar bagi seseorang wanita.
pelbagai cara digunakan untuk mempercepatkan proses bersalin dan memendekkan penderitaan kaum ibu. di hospital terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mempercepatkan proses bersalin. cara yang pertama adalah dengan menggunakan ubat-ubatan seperti oksitosin yang boleh menguatkan kontraksi rahim dan menolak bayi keluar. bagi kelahiran sulung, episiotomi (potongan dibuat pada faraj) untuk memudahkan proses bersalin apabila bayi hendak keluar.
dalam al-Quran, Allah s.w.t. telah menjelaskan satu kaedah yang sangat efektif untuk memudahkan proses bersalin. Allah s.w.t. telah merakamkan detik-detik Mariam semasa dalam kesakitan untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dengan izin Allah apabila Mariam mengandung, beliau berasa risau dan menyisihkan dirinya daripada masyarakat kerana tidak sanggup berhadapan dengan mereka apabila melahirkan seorang anak tanpa suami kelak. apabila tiba di Bethlehem, selatan Jerusalem, beliau mula berasa sakit untuk melahirkan anak dan beliau bersandar di bawah sebatang pohon kurma. firma Allah s.w.t yang bermaksud:
"Maka rasa sakit akan melahirkan anak emaksa dia (bersandar) pada pangkal pohon kurma. Dia berkata : 'Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupakan'. Maka Jibrail menyeru nya dari tempat yang rendah: 'Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan gongcanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu'". (surah Maryam19:23-25)
maha suci Allah yang telah mengajar kaum ibu tentang kaedah-kaedah tertentu untuk mengurangkan penderitaan dan mempercepatkan proses bersalin. bahkan kaedah-kaedah ini telah lama diaplikasikan dai wad-wad bersalin.
MENARIK POHON KURMA
kajian perubatan menunjukkan bahawa dengan menarik atau meramas objek tertentu juga akan memudahkan proses melahirkan anak. tindakan tersebut akan mempercepatkan pergerakan bayi keluar melalui salur peranakan. hal ini telah dipraktikkan di wad-wad bersalin sejak dahulu lagi. pelbagai cara digunakan untuk mengaplikasikan kaedah ini seperti menarik tali yang bergantung pada syiling, memegang besi yang dilekatkan pada katil, menggunakan kekuda dan juga meramas tangan seseorang, seperti SUAMI.
disesetengah hospital, terdapat satu alat berbentuk U yang dilekatkan pada katil pesakit yang dikenali sebagai "squat bar". dengan menarik alat ini akan memudahkan proses melahirkan bayi dengan cara memendekkan salur peranakan dan melebarkan bukaan rahim. alat ini akan membantu ibu untuk berada dalam keadaan mencangkung apabila dia menarik badannya keatas dan menekan kaki ke bawah. dalam kedudukan ini, otot-otot rahim akan mengembang meskipun dengan hanya menggunakan tenagayang minimum. kedudukan ini juga menyebabkan tulang pelvis mengembang sebanyak 30% daripada asal dan menyebabkan bayi dengan mudahnya dikeluarkan.
"menggoncang pohon kurma" juga merupakan salah satu senaman. senaman ringan juga digalakkan untuk melegakan kesakitan dan juga memudahkan proses bersalin seperti berjalan-jalan di sekitar wad bersalin. maka sebab itulah ibu-ibu pada peringkat awal kelahiran anak disarankan untuk melakukan sedikit senaman yang boleh mengurangkan tekanan pada badan dan mengurangkan komplikasi semasa bersalin.
MAKAN BUAH KURMA
menggugurkan buah kurma seperti yang disebut dalam ayat di atas tentu ada kaitannya dengan orang bersalin. pasti ada khasiat tertentu. khasiat umum buah kurma sememangnya sudah diketahui umum. buah yang dikenali sebagai "Bread of Besert" ini mengandungi gula semual jadi yang membentuk kira-kira 2/3 daripada beratnya. gula semula jadi ialah sejenis gula yang senang diserap, dicerna dan ia mampu membekalkan tenaga dengan pantas kepada badan. gula ini ialah jenis fruktosa dan berbeza dengan gula jenis glukosa yang terdapat dalammenu masakan seharian kita.
kajian perubatan moden menunjukkan salah satu kurma adalah dapat memepercepatkan proses kelahiran bayi. pakar-pakar perubatan menggalakkan ibu-ibu pada fasa awal kelahiran untuk makan makanan yang mengandungi fruktosa yang tinggi. sumber yang paling baik untuk membekalkan fruktosa tidak lain dan tidak bukan iaitu kurma. tenaga yang dihasilkan oleh gula fruktosa begitu hebat sehingga menguatkan semula badan-badan yang lemah dan tidak bertenaga dalam masa yang cepat. kurma dapat merangsangkan otot-otot rahim rahim dengan mengawal dan menguatkan pengecutannya untuk memudahkan proses bersalin.
semasa mengandung, otot-otot rahim mengembang dan membesar serta ia bekerje keras untuk menolak bayi keluar selama berjam-jam lamanya tanpa hent. maka rahim memerlukan bekalan gula fruktosa yang mencukupi semasa proses kritikal tersebut. gula fruktosa ialah gula yang paling sesuai dalam keadaan ini. gula glukosa dianggap kurang sesuai kerana ia mengambil masa yang lama untuk menjana tenaga.
No comments:
Post a Comment