Monday, May 16, 2011

@PILIH PASANGAN YANG SESUAI@

Jangan sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi.Wang dan rupa bukanlah penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya. Secara jujur,tanyalah pada diri sendiri quot; Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika tidak,buatlah keputusan untuk cari yang lain.



@JANGAN TERBURU-BURU@

Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.



@PERCAYA AKAN KELEMAHANNYA@

Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya jika pasangan membuat suatu pernyataan seperti,’ Saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik’, percayalah dia. Anda seharusnya tanya pada diri sendiri: “Adakah dia sudah bersedia menghabiskan sepenuh waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.”



@TUTUP MULUT@

Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggungjawab dalam mengungkapkan perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain.Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.



@TERIMA SEADANYA@

Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas.Bukan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu,tetapi amalkan date night sekali seminggu.



@JADI PEMERHATI@

Bersikap pemerhati kepada pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.



@BUKTIKAN SIAPA DIRI ANDA@

Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan,serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.



@MR. RIGHT KEMBALI@

Sedang asyik bercinta,orang yang pernah terpaut di hati anda suatu masa dahulu,tiba- tiba muncul di hadapan.Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini,adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan ,bukan? Parasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta yang baru.



@BUKAN PERIGI CARI TIMBA@

Anda tidak pernah merasakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras seperti seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.



@HARGAI DIRI SENDIRI DAN PASANGAN@

Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya.



=)

No comments: