"Jαtuh cintα itu fitrαh, ingin bercintα itu fitrαh, ingin dicintαi itu fitrαh, jikα fitrαh itu dibαwα dengαn αlirαn yαng betul, iα muliα, jikα diαlir dengαn αlirαn yαng sαlαh, iα hinα."
Friday, May 20, 2011
......::: 20/05/2011 :::.....
Tuesday, May 17, 2011
........::: 17/05/2011 :::.....
Monday, May 16, 2011
@PILIH PASANGAN YANG SESUAI@
Jangan sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi.Wang dan rupa bukanlah penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya. Secara jujur,tanyalah pada diri sendiri quot; Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika tidak,buatlah keputusan untuk cari yang lain.
@JANGAN TERBURU-BURU@
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.
@PERCAYA AKAN KELEMAHANNYA@
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya jika pasangan membuat suatu pernyataan seperti,’ Saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik’, percayalah dia. Anda seharusnya tanya pada diri sendiri: “Adakah dia sudah bersedia menghabiskan sepenuh waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.”
@TUTUP MULUT@
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggungjawab dalam mengungkapkan perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain.Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.
@TERIMA SEADANYA@
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas.Bukan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu,tetapi amalkan date night sekali seminggu.
@JADI PEMERHATI@
Bersikap pemerhati kepada pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.
@BUKTIKAN SIAPA DIRI ANDA@
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan,serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.
@MR. RIGHT KEMBALI@
Sedang asyik bercinta,orang yang pernah terpaut di hati anda suatu masa dahulu,tiba- tiba muncul di hadapan.Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini,adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan ,bukan? Parasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta yang baru.
@BUKAN PERIGI CARI TIMBA@
Anda tidak pernah merasakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras seperti seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.
@HARGAI DIRI SENDIRI DAN PASANGAN@
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya.
=)
Saturday, May 14, 2011
......:::Renungan Bersama :::.....
........::: Tip Perkahwinan :::.......
Friday, May 13, 2011
.......::: jgn marah tau :::.......
Situasi-situasi yang berlaku ketika bergayut ngan bf/gf korang :
1. Tepat pukul 11 atau 12 malam mesti korang dah pegang henset korang..Sama ada tunggu panggilan atau korang yang akan call! Ada yang akan SMS tanya "Bz ke tak? Nak call nih" .....
2. Bila bergayut kadang2 tak kira tempat...Banyak port yang korang conquer.. Ada yang kat koridor..Ada yang depan pintu... Atas katil... Di meja study... Macam2... Masa ni dah tak kesah dah pukul 2 3 pagi pun sanggup gayut kat luar bilik asrama korang semata-mata dapat cakap ngan yang tersayang.... Kekasih punya hal, hantu2 dah tak takut dah!
3. Bila gayut punya gayut sampai mengantuk tapi si kekasih nak cakap lagi... Cakap2 sampai terlena.. Besok pagi pakwe/makwe call kata " Semalam dah tido eh? I panggil tak sahut2".. Dah mengantuk tapi taknak gtau sebab xmau kecewakan dia...apa daaaa~~
4. Tengah dok syok cakap telefon, tiba2 "tuuutt" call putus... Mula2 try call balik tak dapat.. Then check balance topup dah habis..Yang sang kekasih pun takde kredit.... Haa tyme ni la sibuk buat SOS topup la..Credit Advance la...Pi bilik kawan yang jual topup laaa...macam2...siap suruh ayah,mak, kakak dan abang pi topupkan..ish3!
5. Bila syok dok gayut atas katil tiba2 roomate nak tido dah..."Alamak,takkan nak gayut depan dia! Nak gayut di luar takut...Kalau gayut depan dia,nanti dia dengar aku bermanja-manja ngan kekasih aku lak" Bila dalam dilemma camni last choice ambik bantal cover!
6. Masa awal-awal call cakap la benda harian yang dibuat...Makan apa...Jumpa sapa...Aktiviti menarik yang dibuat...Then masuk part 2 plak dalam perbualan iaitu part gaduh-gaduh manja lak... Then masuk part ke 3...part pujuk memujuk pulak...Last2 BAIK balik...Banyak part sungguh laaa...
7. Kadang-kadang bila dah tak tahu nak cakap apa, pasang loudspeaker dan bagi roomate2 dengar sekali...Tyme ni semua pakat kerumun nak tanya soalan kat kekasih korang.. Nak menyibuk laa..nak mengusik laa... Nak buat Edisi Siasat laa... Yang roomate/kawan2 korang ketawa terbahak2 dengar kekasih kita bagi jawapan....
8. Ada kes di mana tengah dok gayut then gaduh besar... Tyme ni (kalau perempuan memang menangis laaa) dan akan terus matikan telefon.. Haa mulalah pakwe ni call atau mesej si roomate korang supaya tolong bagi dia cakap ngan korang.... Tak pasal2 jadi orang tengah pulak....
9. Bila akhir perbualan mestilah nak sebut " I LOVE YOU" atau " MISS YOU" tapi kita xsebut kuat-kuat...Malu kena ejek ngan roomate kalau dengar.....Oya, last sekali mesti ada "Mmmuuuaaahhh mmmuuaahhh" tu pun bagi kiss sesenyap mungkin... Malu punya pasal...tapi tetap nak bagi...
10. Haaa...ini memang satu situasi yang mana2 couple pun akan alami... "Awak letaklah dulu..." "Tak Nak... Nak awak letak dulu..." "Ala..semalam saya dah letak.. Hari ni awak pulak letak!" "Ala...jom kita letak sama2 k?Awak kira la sampai 3" "OK....1...2....3..." Hmmm...sampai ke sudah tak letak2....
*********************************************************************
aku ad bace kat note siape tah bab ni,,,,,
nk tergelak pn ad bace....
hahahahahahaha....
=)
Monday, May 9, 2011
.......::: se saje copy :::......
.......::: >.< :::.......
@ANAK MANJA Emak@
sebab apa2pun mesti dia akan utamakan Emak. apa sikit Emak!!!
@ANAK DEGIL@
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan...
@TAK PANDAI PUJUK@
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia...
@BERCINTA@
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …
@HITAM / PUTIH@
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi...
@HATI@
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka...
@BERDIKARI@
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ...
@ARAHAN@
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri...
@PEMAAF & caring@
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah...
@PAKAIAN@
Seorang yang simple...
@CEPAT KESIAN DEKAT ORANG@
Cepat sangat berasa kesian dekat orang lain.. hati mudah tersentuh...
@HAPPY Go LUCKY@
Sangat periang..ceria dan suka ceriakan orang lain...Tapi kalau time die sedih memamg susah nak tau sedih ke gembira...
aku ke mcm ni????lau korg knl aku korg blh nilai aku....
=)
.......::: 09/05/2011 :::.......
Saturday, May 7, 2011
........::: 07/05/2011 :::.....
Friday, May 6, 2011
......::: Wanita Perlu Gunakan Jari :::......
Berhati-hatilah, khususnya buat kaum wanita bahawa anda mungkin sedang dilihat dan diperhatikan ketika menggunakan cermin yang tergantung di tandas awam, bilik hotel, mahupun di bilik persalinan pakaian.. Macam mane tu? Teruskan bacaan..
Terfikir tak? Dan apa perasaan anda jika ketika anda sedang menukar pakaian, ada seseorang yang lain khusuk memerhatikan anda disebelah cermin sana! Tambah haru-biru lagi jika gambar anda dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia..Wah..gawat!
Oleh itu, kita perlu pastikan cermin yang digunakan tu adalah cermin biasa ataupun cermin 2 arah.
Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan dan cermin 2 arah adalah jenis cermin yang orang disebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka
.
Bagaimana kita ingin bezakan? Mari lihat foto dibawah ini.
Jelaskan foto di atas ni?
Jadi, harap lebih berhati-hatilah selepas ni.