bunga membawa maksud cinta, kesedihan, tahniah atau bagi meraikan hari penting...
oleh sebab itu, pemberian bunga sangat signifikan dengan Hari Kekasih...
bunga menjadi pilihan sebagai perantara dalam menyatakan perasaan kerana bunga mempunyai bahasa tersendiri yang mampu difahami oleh hati si penerima...
masyarakat Cina dan Jepun telah laman mengenali bahasa bunga...
malah bunga juga digunakan masyarakat Yunani Kuno, yunani dan Rom bagi menyatakan perasaan mereka...
di Barat, Charles XII memperkenalkan bahasa bunga setelah beliau kembali dari Turki pada tahun 1714...
apakan perasaanmu seandainya insan tersayang menghadiahkan sejambak bunga???...
adakah jenis bunga mempengaruhi reaksi dan mood kamu???...
benarkan pemberian bunga tertentu membawa maksud berbeza???...
jika YA, sejauh mana kita mengatahui maksud di sebalik bunga yang ingin dihadiahkan atau diterima???...
****Gelora Cinta Merah****
benar,,, warna merah memberi maksud kesungguhan dan cinta yang mendalam...
kebanyakan pasangan kekasih gemar menghadiahkan kekasihnya mawar merah kerana kecantikan bunga yang memberi tenaga dan kuasa...
semakin gelap warna merah, semakin tebal cinta seseorang itu
****Jingga Sumber Keyakinan****
mawar jingga melambangkan keyakinan dan kesunguhan dalam kehidupan...
sesuatu yang menarik tentang jingga ini, terdapat tona warna yang berbeza dari jingga terang sehinggalah jingga kekuningan...
mawar jingga turut memberi maksud seorang jejaka itu telah bersedia melangkah ke alam percintaan...
****Kuning Tali Persahabatan****
pemberian mawar kuning membawa maksud kegembiraan kerana warnanya terang mampu menceriakan jambangan, kuning juga membawa maksud persahabatan...
jadi, usah lekas gembira andai pujaan kalbumu menghadiahkan mawar kuning kerana hadiah itu mungkin merupakan cara meluahkan hubungan kalian sekadar 'teman tapi mesra' sahaja atau mungkin jug perberian tersebut membawa maksud si dia telah bersedia memberikan kamu peluang kedua.....
****Hijau Semula Jadi****
warna semula jadi memberi maksud tuah dan kesihatan...
sejambak bunga mawar hijau membawa maksud penjanaan kualiti keremajaan dan masa depan yang bertuah...
hijau dikaitkan dengan optimistik, kehidupan dan keremajaan...
jadi, seandainya seseorang menghadiahkan kamu mawar hijau, itu tandanya dia mengambil berat akan kesihatanmu!!!...
****Biru Penenang Kalbu****
biru berkeupayaan menghapuskan kerisauan kerana warna ini membawa maksud ketenangan dan kedamaian...
hadiahkan mawar biru kepada mereka yang dilanda masalah atau musibah agar mereka beroleh ketenangan...
****Putih Yang Kudus****
bunga putih melambangkan keaslian dan penghargaan...
sering dihadiahkan buat mereka yang sedang melangkah ke fasa baru kehidupan; perkahwinan atau kematian...
****Ungu Cinta Pandang Pertama****
benar, pemberian mawar ungu membwa maksud cinta pandang pertama!!!...
kecantikan warna ungu membawa elemen romantik dan merupakan warna terbaik menzahirkan penghargaan!!!...
TIP buat jejaka : jangan lupa sispkan nota ringkas pada jambangan bunga yang ngin diberikan kepada insan tertentu agar pemberian itu tidak disalah tasirkan!!!!!!!
JAMBANGAN CINTA BUAT ADINDA:
tahukah kamu bilangan kuntum mawar yang diterima turut menyimpan maksud tersendiri???
sekuntum misalnya membawa maksud cintanya tertumpu pada kamu seorang,,,
tiga kuntum membisikkan 'Aku Cinta Kamu',,,
enam kuntum tandanya 'Aku Milikmu',,,
dan
sepuluh kuntum bererti 'Kamu Yang Terbaik Untukku!!!'.....
=)
No comments:
Post a Comment