Assalamualaikum...
lama xupdate cerita dalam blog ni...
nak kata sibuk,macam biasa-biasa je..
vitamin M banyak sangat kot...
huhuhu...
**********************************************************
hari ni aku nak update pasal bengkak dekat kelenjar tiroid aku...
treatment yang aku dah lalui...
28.6.2019 (Jumaat) - aku g check up dengan DMMC (Darul Makmur Medical Centre). ambik ujian darah (check up biasa & tiroid) n ultra sound.
result dia : check up biasa semua okey. gula dalam darah, kolestrol, kencing manis, jantung, peparu, buah pinggang cuma hati je berlemak sedikit...overall semua okey. yg tiroid tu plk makan masa 24jam baru tau result die, so kena tunggu esok or isnin baru tau result die. ultra sound plk, dr. nampak bengkak pada kelenjar tiroid aku. kanan & kiri tapi belah kanan tu ada ketulan kat situ dan menyebabkan kelenjar tiroid aku bengkak. dr. cakap kalau bengkak air rawatan die just sedut tapi ketulan aku ni keras jadi bukan ketulan air.so tunggu result darah tiroid dulu
1.7.2019 (Isnin) - result darah tiroid keluar, semua okey. xde hyper or hypo tiroid so dr. mintak setkan tarikh bila nak ambik sample tisu
(dah decided tarikh die 4.7.2019)
4.7.2019 (Khamis) - aku admit wad sebab nak ambik tisu. after ambik tisu dr. macam xpuas hati dengan result ultra sound sebab tak nampak dengan lebih detail so dr. nak buat CT scan. maka berpuasa lah aku selama 4jam untuk nk buat CT scan tersebut.
5.7.2019 (Jumaat) - result CT scan dah dapat, dr. cakap dua-dua belah kelenjar tiroid aku nampak macam dah teruk so kena buang dua-dua belah tapi ape-ape tunggu result tisu yang dah ambik lagi seminggu. next appointment 12.7.2019 untuk tgk result tisu dan set tarikh operation.
**********************************************************
sedikit pengenalan mengenai kelenjar tiroid
kelenjar tairoid kita ni umpama fusebox atau kotak fius. Kotak fius inilah yang menyalurkan elektrik ke semua perkakas elektrik kita spt tv, petiais, washing machine, microwave dan lain....
kelenjar tairoid pula menyalirkan hormon ke dalam tubuh kita. Ia memastikan tubuh mendapat segala hormon yg diperlukan, mengawal metabolism, emosi, haid, fungsi otak dan macam2 lagi...
bila fusebox rosak/ dibuang, kita boleh menggunakan generator utk mendapatkan elektrik.
bila kalenjar tairoid di buang, kita terpaksa mengambil pil Thyroxine utk menggantikan hormon yg sudah tiada lagi.
jika fusebox elok, tetapi tv rosak, peralatan lain masih boleh digunakan lagi. Begitu juga jika kelenjar tairoid elok, tetapi satu organ rosak, mungkin organ2 kita yang lain masih boleh digunakan....
tetapi, jika fusebox/kalenjar tairoid yg rosak dan dibuang, semua yang lain tidak dpt digunakan lagi...
begitulah pentingnya tairoid kepada kita....