BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 21, 2012

...::: kenali diri :::.....




...♥ Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr. Fadzilah Kamsah ♥...


1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2...
Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8


Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..

2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin
suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..

Selamat mencuba   =)

.....::: 21/06/2012 :::.....


~bosan dimalam hari.....komen post my bro~



die yang dah len!!!...
hahahahaha...
pe pn i love my brother!!!

.....::: a part of memory :::.....



~sesaje nk mengenang kembali kenangan lampau~
hampir genap 4 tahun DIE menghadap ilahi
28.6.2008


~ SEMPURNA~

kau begitu sempurna,
dimataku kau begitu indah,
kau membuat diriku,
akan selalu memujamu.

disetiap langkahku,
ku kan selalu memikirkan dirimu,
tak bisaku bayangkan hidupku tanpa cintamu.

janganlah kau tinggalkan diriku,
tak kan mampu menghadapi semua,
hanya bersamamu ku akan bisa,
kau adalah darahku,
kau adalah jangtungku,
kau adalah hidupku,
kau lengkapi diriku,
oh sayangku kau begitu sempurna.

kau genggam tanganku,
saat diriku lemah dan terjatuh,
kau bisikan kata dan hapus semua sesalku.

p/s : tulisan lam pict tu tetibe aku blh lukis time stdy tuk exam CF pd 18.6.2012

...akan ku kenang kenangan "kami" bersama...

.....::: info syaaban :::.....


assalamualaikum....morning all!!!


Kini kita berada dalam bulan Syaaban. Bulan kelapan dalam taqwim Islam. Bulan yang penuh kemuliaan dan banyak kelebihan. Rasulullah SAW sendiri memperbanyakkan ibadah di bulan ini seperti ibadah puasa sunat. Rasulullah SAW pernah ditanya oleh Usamah bin Zaid tentang hikmah puasa yang dilakukan dalam bulan Syaaban. Baginda bersabda yang bermaksud:

”Bulan Syaaban yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan seru sekalian alam, maka aku suka supaya amal ibadah saya diangkat ketika saya berpuasa”

Justeru marilah kita perbanyakkan Syaaban ini dengan ibadah berikut:

1. Puasa sunat

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

” Saidina Aisyah pernah berkata:Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat di dalam sebulan lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban” (hadis riwayat Bukhari)

Ia juga sebagai latihan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Melazimi perut dengan berlapar akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi Ramadhan agar tidak berlaku kejutan kepada sistem pemerosesan makanan dalam organ badan kita. Puasa ini dikira sebagai ”warm up” sebelum datangnya Ramadhan untuk kita menunaikan puasa wajib pula.

2. Mengkada puasa wajib

Puasa Ramadhan yang tertinggal tetap wajib diqada kepada setiap mukallaf. yang diberi keharusan berbuka seperti sakit, musafir, haid, nifas, hamil dan sebagainya. Saidatina Aisyah pernah memberi keterangan kepada Muazah al Adawiah yang bermaksud:

”Maka kita diperintahkan mengqada puasa (kerana kedatangan haid) tidak disuruh mengqada sembahyang yang tertinggal(semasa kedatangan haid)” (Hadis riwayat Muslim)

Perbuatan melengah-lengahkan qada tanpa uzur hingga datang Ramadhan berikutnya adalah berdosa dan diwajibkan ke atasnya qada dan membayar fidyah.Malah fidyah itu akan berganda setiap tahun apabila masih gagal mengqada puasa tersebut. Perlu diingat, puasa qada tidak akan luput dari tanggungjawab seseorang. Malah fidyahnya akan terus berganda selagi ia belum melunaskan puasa tersebut.

Alangkah meriahnya di meja makan ketika berbuka, isteri berbuka kerana puasa qadanya, manakala suami dan anak-anak berbuka kerana puasa sunat. Suasana Ramadhan telah dijelmakan di bulan Syaaban.

3. Memperbanyakkan doa, zikir dan membaca selawat atas Nabi

Amalan seperti berdoa, berzikir dan berselawat akan mendekatkan diri kita kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

”barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepadaNya sertamenahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit” (dipetik dari kitab Zubdatul Maizin)

Dalam kita membicarakan kelebihan bulan Syaaban, kita jangan melupai satu malam yang paling mustajab berdoa, malam pengampunan dan rahmat iaitu malam Nisfu Syaaban. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

”dari Abi Musa Al asyari dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:Sesungguhnya rahmat Allah SWT datang pada malam nisfu Syaaban, lalu dia mengampunkan kesalahan kesemua makhluknya melainkan orang musyrik atau orang yangbermusuhan” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Itulah yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, apabila kita mengadakan majlis bacaan yaasin sebanyak tiga kali dan memohon doa agar dipanjangkan usia, dijauhkan dari bala dan dimurahkan rezeki.

Kita juga jangan melupai satu sejarah agung yang tercipta pada 15 Syaaban yang memberi implikasi besar hingga hari ini. Allah telah memerintahkan Rasulullah agar mengadap Baitulahilharam di Mekah dalam solat sebagai ganti arah kiblat sebelum ini iaitu Baitul Maqdis.

Sepanjang mengadap kiblat ke Baitul Maqdis, Rasulullah sering mendapat ejekan dari orang yahudi yang mengatakan Rasulullah mengadap ke arah tempat suci mereka dan orang Islam tiada suatu tempat yang mulia untuk dihadapkan ketika mengerjakan ibadah. Rasulullah SAW sering dicemuh, diperlekeh, lalu baginda bermohon dan berdoa kepada Allah SWT agar dibenarkan mengadap ke arah Masjidil Haram yang sememangnya baginda cenderung ke arahnya. Lalu Allah Taala berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 144 yang bermaksud:

”Kerapkali kami melihat engkau(Wahai Muhammad) berulang-ulang mengadap ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap ke arah yang engkau sukai,oleh itu palingkan ke arah Masjidil Haram(tempat letak Kaabah) .

Suruhan mengadap ke arah Baitulahilharam sangat dinanti baginda agar kemuliaan Baitulhiharam tetap terpelihara yang menyambung risalah tauhid yang pernah dibawa oleh Nabi Ibrahim. Arah kiblat yang satu melambangkan simbol kesatuan umat yang padu dan menjadi pusat tumpuan dan perhimpunan sedunia ketika mengerjakan ibadah haji.

Oleh kerana bulan Syaaban datang hanya sekali dalam setahun, maka ambillah kesempatan untuk meningkatkan amal ibadah dalam usaha memperbaiki diri menuju ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWT.


p/s : info dari www.jais.gov

**********************************************************

selamat menyambut bulan syaaban kawan2...
lagi sebulan kita nk menyambut ramadhan!!!

Sunday, June 17, 2012

.....::: 17/06/2012 :::.....


~ Assalamualaikum ~

.....::: Salam Isra' Mikraj :::.....

apa itu Isra' Mikraj?

Isra’ Mi’raj iaitu peristiwa dimana diperjalankannya Rasulullah saw. oleh Allah swt di suatu malam bulan Rejab pada tahun ke-11 dari kenabiannya, dari Masjid al Haram di Mekah ke Masjid al Aqsha di Palestin dengan mengenderai Buraq, kemudian naik ke langit yang ke tujuh hingga ke Sidratu al Muntaha, untuk diperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Allah.

“Tatkala Sidratul Muntaha ditutupi oleh bermacam hal yang melingkupinya, tetapi pandangannya (Rasulullah saw.) tidak sampai menyimpang dan tidak pula melampauinya(Sidratul Muntaha). Sesungguhnya dia (Rasulullah saw.) telah melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran Allah Yang Maha Agung” (Q.S Al Najm: 16-18)

“Sesungguhnya dia (Muhammad saw.) benar-benar telah melihatnya (jibril) untuk yang kedua kalinya (dalam bentuk aslinya) di dekat Sidratul Muntaha. Di dekatnya terdapat Jannatul Ma’wa” (Q.S Al Najm: 13-15)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)

Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.


=)

Saturday, June 9, 2012

.......::: 7 copy :::......

assalamualaikum....
selamat......malam... :)
korg mesti nk tau knpe entry kali ni tajuk die 
" 7 copy "
sbbnye......
aku baru je siap bt 7 salinan soalan n jawapan bg soalan pas sem...
tuk ape???
lect aku ckp tuk backup final exam nanti....
huhuhuhu,,,agak penat gak la jari jemari aku nih.....
bukan sikit beb!!...
ni aku upload pict page2 die erk...tp juz satu copy je la....

ni die hasil kerje tangan aku


APPLIED STATISTIC


Helaian Pertama

~depan~

~belakang


 Helaian Kedua

~depan~

~belakang~


Helaian Ketiga

~depan~

~belakang~


Helaian Keempat

~depan~

~belakang~


 Helaian Kelima

~depan~

~belakang~


**********************************************************

1 copy 5 helai (10 muka)
7 copy 35 helai (70 muka)
agak2 berape patah perkataan erk???
berape mililiter ink yg kne guna erk??
1 copy purata die,,,3jam.....

korang nk try bt???...

Thursday, June 7, 2012

.....::: jom tengok map nih :::.....





terjumpe kat fb,,,so post kat blog...tuk peringatan pada diri sendiri sebenaQnye....

Wednesday, June 6, 2012

.....::: 6/6/2012 :::......






♥ Saya TAK CEMBURU melihat WANITA2 lain yang lebih CANTIK berbanding diri Saya..
=>> Tapi Saya sgt2 CEMBURU melihat WANITA2 lain yang lebih SOLEHAH berbanding diri saya..

♥ Saya TAK CEMBURU melihat WANITA2 lain dapat PAKWE yang HENSEM dan BERGAYA..
=>> Tapi saya sgt2 CEMBURU melihat WANITA2 lain yang dapat SUAMI yang SOLEH & BERIMAN..

♥ Saya TAK CEMBURU melihat WANITA2 lain menjadi PUJAAN & PUJIAN para lelaki..
=>> Tapi saya sgt2 CEMBURU melihat WANITA2 SOLEHAH yg menjadi PILIHAN PARA LELAKI SOLEH lagi BERTAQWA..

♥ Ya ALLAH, SOLEH kan AKU dan Seluruh KETURUNANKU

♥ amin ♥

Tuesday, June 5, 2012

.....::: pict 1 june 2012 :::.....

pict sape kahwin ni???
cnfm la bukan aku kahwin kn....
hahahahahaha....






aku yang makin tembam!!!


~aku ngn dak ngada~


~manja la tu konon~


~afifah with mardiah~


~mardiah with adek daa~


~aku with mek za~


~adek daa, tiQah n aku~


~ni la pengantin NYE~
~aiman & nadia~


~afif~


~aku with kakak~


~my baby boy~


~uyah n afif~


~afifah, uyah, afif n aku~


~mok da, faez n tiQah~

~kami yang masih belum berpunya~


~aku with mok da~
~ad yg cakap muka kami serupa~



sowi la,,,pict pengantin xbanyak sbb mmg nk ambik pict sendiri with kazen2.....
hahahahahahaha....

......::: jadual final exam :::......

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

eemmmm......
sem ni aku ambik 7 paper...
huhuhu,,,kus semangat......
cmno la nanti...

6.6 makroekonomi
12.6 etika perniagaan
13.6 statistik gunaan
15.6 english for communication II
18.6 kewangan korporat
20.6 institusi pemasaran dan kewangan islam
24.6 peengurusan kewangan islam

semoga semuanya berjalan lancar!!
amin...


=)